Platform usahawan mempromosi produk tempatan, antarabangsa





Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said




JERUDONG, Ahad, 3 Mei. –  Siuk Havoc Food Festival Brunei 2.0  kini berlangsung dengan meriah di Jerudong Park Garden dan mendapat sambutan hebat sejak hari pertama penganjurannya.


Acara yang berlangsung selama lima hari bermula 1 Mei berkenaan menghimpunkan lebih 140 vendor makanan tempatan dan antarabangsa yang menawarkan aneka juadah menarik serta makanan viral.


Berkenan berangkat bagi merasmikan acara berkenaan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.


Penganjuran kali kedua berkenaan merupakan kesinambungan kejayaan edisi 2025 yang mencatat kehadiran sekitar 20,000 pengunjung.


Festival berkenaan dianjurkan sebagai usaha memperkembangkan industri makanan dan minuman di negara ini, di samping memberi peluang kepada para usahawan untuk mempromosi produk masing-masing.


Acara yang dibukakan kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam berkenaan turut menyediakan suasana santai dan mesra keluarga, sekali gus menjadikannya sebagai lokasi riadah hujung minggu.


Festival berkenaan dijangka terus menarik kunjungan ramai sehingga hari terakhir penganjurannya pada Selasa, 5 Mei 2026.


Close